Ahli kumpulan Inteam

Pada awal penubuhannya, In-Team[1] terdiri daripada 4 orang anggota asal iaitu:-

In-Team

  1. Mohd Syahril bin Abdul Khalid (Syah, Along, Cikalid)
  2. Muhammad Hazamin bin Harun (Hazamin, Amin, Min)
  3. Hisyam bin Ahmad@Ahmadiah (Hisyam, Syam)
  4. Mohd Suhaimi bin Saad (Suhaimi, Mie)

Namun selepas album Impian Kasih pada tahun 2001, salah seorang anggotanya iaitu saudara Hisyam telah mengundur diri pada 25 Mei 2002 lalu saudara Abdul Rahim dipilih sebagai anggota baru kumpulan In-Team.

In-Team (25 Mei 2002 – 2005) :

  1. Mohd Syahril bin Abdul Khalid (Syah, Along, Cikalid)
  2. Muhammad Hazamin bin Harun (Hazamin, Amin, Min)
  3. Abdul Rahim bin Hj. Osman (Rahim, Im)
  4. Mohd Suhaimi bin Saad (Suhaimi, Mie)

Pada tahun 2005, In-Team secara rasmi telah menamatkan kontrak dengan Hijjaz Records Sdn. Bhd. (HRSB). Akan tetapi, Suhaimi yang masih mempunyai kontrak dengan Hijjaz Records Sdn. Bhd. (HRSB) telah mengambil keputusan untuk meneruskan kontrak dan tidak mengikut jejak sahabat-sahabatnya dalam In-Team pada waktu itu. Meskipun Suhaimi mengundur diri, In-Team masih mampu bergerak ke hadapan walaupun hanya dengan 3 orang anggota. Bertitik tolak dari situlah, In-Team telah ditukar kepada Inteam bilamana mereka telah membuang tanda sempang dan merapatkan dua perkataan tersebut. Mereka juga telah membuka syarikat rakaman mereka sendiri yang masih bertahan sehingga kini.

Inteam (2006 – 20 Mei 2015)

  1. Mohd Syahril bin Abdul Khalid (Syah, Along, Cikalid)
  2. Muhammad Hazamin bin Harun (Hazamin, Amin, Min)
  3. Abdul Rahim bin Hj. Osman (Rahim, Im)

Pada 21 Mei 2015, Inteam telah membuat pengumuman secara rasmi di laman sosial Facebook dan Instagram bahawa saudara Hisyam telah kembali menganggotai Inteam sekaligus, menjadikan kumpulan ini kembali berjumlah 4 orang.

Inteam (21 Mei 2015 – kini) :

  1. Mohd Syahril bin Abdul Khalid (Syah, Along, Cikalid)
  2. Muhammad Hazamin bin Harun (Hazamin, Amin, Min)
  3. Hisyam bin Ahmad@Ahmadiah (Hisyam, Syam)
  4. Abdul Rahim bin Hj. Osman (Rahim, Im)

Namun begitu, Inteam masih mengekalkan hubungan baik dengan bekas anggotanya iaitu Suhaimi sehingga kini tepat sebagaimana dalam lagu nyanyian mereka iaitu lagu "Akrab Persahabatan" yang terkandung dalam album pertama mereka iaitu album Kasih Kekasih pada tahun 2000.